Thursday, May 26, 2011

cIntA 2

stiap manusia yg brpeluang hidup d alam yg nyata ini pasti merasai apa itu cinta..
sudah lama kte mnjalani khidupan ini dan sudah byk kali prkataan 'cinta' kte ungkapkan n luahkn..

"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah..." - [Al-Baqarah: 165]

org yg beriman sgt cintakan Allah swt..cintanya kepada Allah swt melebihi sgala-galanya...

   Ramai manusia yg mengaku mencintai Allah swt tetapi kebanyakan kata-kata mereka tidak melepasi kerongkong. Cinta itu ada tandanya untuk dikenal pasti yang manakah cinta palsu dan yang manakah cinta yang hakiki.

     Ketahuilah cinta itu seperti magnet yang akan menarik kekasih kepada kekasihnya. Orang yang mencintai seseorang akan suka bertemu dengan kekasihnya. Orang yang kasihkan Allah swt tidak merasa berat untuk bermusafir dari tanah airnya untuk tinggal bersama Kekasihnya menikmati nikmat pertemuan denganNya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya.

Allah SWT berfirman:
Maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar. (al-Baqarah: 94)
   Orang yang mencintai Allah sentiasa mengutamakan apa yang disukai Allah swt drpd apa yg kte ske. Maka kte akan sentiasa merindui amal yang akan mendekatkannya kepada Allah swt dan menjauhkan diri daripada mengikut nafsu.

   Orang yang mengikut nafsunya adalah orang yang menjadikan nafsu sebagai tawanan sedangkan orang yang mencintai Allah swt  meninggalkan kehendak diri dan nafsunya kerana kehendakNya.

Sebagaimana diceritakan, bahawa setelah Zulaikha beriman dan menikahi Nabi Yusuf a.s, maka dia sering bersendirian dan bersunyi-sunyian beribadat serta tidak begitu tertarik dengan Yusuf a.s sebagaimana sebelumnya. Apabila Yusuf AS bertanya, maka dia berkata: “Wahai Yusuf! Aku mencintai kamu sebelum aku mengenali-Nya. Tetapi setelah aku mengenali-Nya, tidak ada lagi kecintaan kepada selainNya, dan aku tidak mahu sebarang gantian”. (Ihya’ Ulumiddin, Imam al Ghazali Jilid 5 H: 225)

   Orang yang mencintai Allah swt, lidahnya tidak pernah terlepas dari menyebut namaNya dan Allah swt tidak pernah hilang dari hati kte. Kte akan sntiasa menyebutNya, suka membaca al Quran yang merupakan kalamNya, suka kepada Rasulullah saw n suka kepada apa yang dinisbahkan kepadaNya.
Orang yang mencintai Allah tidak merasa tenang melainkan dengan Kekasihnya.

Firman Allah:
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. (al Ra’d: 28)
   Orang yang mencintai Allah swt tidak merasa sedih jika kehilangan sesuatu dari dunia ini tetapi amat sedih jika hati ini tidak lagi memiliki cinta kepada Allah swt.

   Orang yang mencintai Allah swt juga, merasa nikmat dan tidak berasa berat melakukan ketaatan. Kte tidak merasa ketaatan yang dilakukan semata-mata kerana tunduk dengan perintahNya tetapi dilakukan kerana kecintaan terhadapNya. Semua yg datang dariNya sama ada suka atau duka diterima dengan hati yg gembira dan reda. Orang yang telah mengenal dan mengecapi cinta Allah swt tidak akan tertarik dengan cinta yg lain. Itulah magnet cinta Allah. Alangkah ruginya orang yang hatinya tidak ingin mengenal cinta Allah swt, cinta yg hakiki n sejati.

Letakkan cinta dan kasih kepada Allah swt melebihi rasa cinta kita kepada makhlukNya, nescaya kita tidak akan didatangi kecewa.  Sedih yang melanda akan segera terubat apabila cinta kepada Allah swt menguasai jiwa.  Malah, jiwa akan hidup dalam ketenangan dan kemanisan iman akan mula menyerap ke dalam jiwa.

2 comments: